Monday 14 May 2012

Bilangan Terhenti!

Menyelak semula halaman-halaman lama dalam tulisan blog,saya terjumpa coretan yg ada gambar penuh kenangan ini.. Usrah Al-Banna yg lengkap ahli keluarganya dan ia terjadi pada hari kami meraikan ulangtahun kelahiran Al- Faishal yg ke-20...Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu...

[Gambar - Al-Faishal duduk didepan dan paling kanan]

 Assalamualaikum teman-teman,

Alhamdulillah, saya mengambil masa yang agak lama untuk menulis coretan ini. Berkali-kali saya tulis dan saya padamkan semula. Ini juga coretan pertama saya untuk bulan ke 5, 2012. Terima kasih Allah yang memberikan saya kekuatan untuk teruskan perkongsian di laman ini. Alhamdulillah.

Kita ini bilangan hari..Bila bilangan-bilangan hari itu pergi,kita menanti bilangan yang seterusnya sehingga sampai detiknya ia terhenti dan kita kembali. Perjalanan dunia adalah bukan satu destinasi buka kita. Kita hanya singgah menyemai benih yang hasilnya akan kita tuai di sana kelak.. Allahuallah..

Petang selasa, 8hb yang lalu, sy menerima berita sedih pemergian sahabat baik saya, Al-Faishal. Sungguh saya bersedih. Sy menangis sebaik sahaja menerima perkhabaran itu. Dia sahabat saya semesa belajar. Sahabat yang baik, suka membantu dan tersenyum. Teringat saya kenangan bersama Allahyarham Faishal, dia teman kelas sy, dia juga saudara dlm usrah.. Dia selalu igtkan saya utk dtg kelas awal, dia selalu salin nota- sy malas!...byk benda yg dia selalu ingatkan... Dia seorang yg selalu sahaja awal waktu solatnya (selama sy kenali dia)...Dia telah pergi bertemu Khaliqnya... Saya masih menanti waktu saya... Sahabat, mg Allah rahmati, berkati dan permudahkan urusanmu.... 

Akhirnya, redha,doa dan ketabahan hati adalah perkara yang wajar saya terima. Sahabat saya telah melengkapi harinya di dunia ini sedang kita sedang menanti bilangan hari yang tinggal berbaki..

Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya ke Terengganu,bertemu jasadnya untuk kali yang terakhir, saya iringi dia hingga ke tempat rehatnya sehinggah tanah menutupi kerandanya. Allahuallah. saya rindu dan rasa gentar menanti hari saya. Moga Allah rahmati kita semua insyaAllah...

Sayu jiwa sy kenangkan tempoh persahabatan kami.... Saya sempat melawat Allahyarham semasa sakit... Bulan mac yg lalu.. Beliau genggam erat tangan sy... Waktu itu bercakap adalah satu yg terbatas tp dia bersungguh mahu bercerita pd sy... Dia bertanya itu dan ini.. Dia juga lahirkan rasa terkilan terhadap sesuatu yg biarlah sy yg tahu... Sy bangga punya dia sbg sahabat... Sy berdoa mg Allah permudahkan perjalanannya di alam baqa'.. Sy rindu! Sungguh sy pasti rindu! Sahabatku, mg bertemu kita kelak disana! Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu....:(

Sahabatku,
Bilangan harimu lengkap sudah didunia ini...
Kami masih menanti bilangan-bilangan hari yg tinggal... 
Moga Allah merahmatimu, memberimu segala keindahan dialam baqa'.. 
Janji Allah itu benar & pasti!....

Allahummaj'al qabrahu raudhatan min riyadhil jannah...wa la taj'al qabrahu hufratan min hufarinnar.....

Sampai bertemu lagi insyaAllah.

Salam Mahabbah

1 comment:

Unknown said...

innalillah..salam takziah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...