Wednesday 9 September 2009

~Tahajjud Cinta~



Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua

Alhamdulillah,Sudah 19Ramadhan hari ni..Masa berbaki kurang 10hari je lagi sebelum Ramadhan tinggalkan kita lagi...Doa dan harapan kita besar untuk bertemu Ramadhan lagi..Dengan kesempatan masa yg ada ini marilah kita tingkatkan amal,moga Ramadhan kali ni menjadi kenangan paling manis buat kita dalam beramal..Moga ALLAH redha dgn kita semua..

9-09-09..Menarik melihat angka hari ini..Satu kurniaan..Sengaja menanti detik ini untuk mengisi cerita disini..Sampai kat ofis pagi ni terus buka web Dato Siti Nurhaliza..Sengaja untuk kepastian..Ya,Alhamdulillah,akhirnya muncul jua hari ni...Buah Tangan terbaru Dato Siti menjengah pasaran hari ni...Tahajjud Cinta....

Tahajjud Cinta...Menjadi buah tangan terbaru dari Dato Siti Nurhaliza untuk semua..Album ke solo ke 14 dari Dato Siti ini adalah buah tangan pertama berkonsepkan lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian..


" Perjalanan Semakin Sukar dan Menjadi Bertambah Panjang Untuk Mengenal dan Mencari Diri. Meski Jalan Lurus Tiada Berbelok namun Simpang Akhir Tak Ku Temui. Ingin Sekali Menyentuh Pintu Rindu meski Yang Ku Ketuk Adalah Rahsianya Sebagaimana Batasku Asaku Meronta-ronta Untuk Menjengah Ke dalam Mencari Makna Hakiki.


Ku Percaya Ada Cinta yang Bertandang Menempa Umatmu Ya Rasulullah Dengan Selawat kalimah Indah Syahdu Asma Ul Husna,Menyapa hingga ke Ruang Hati Yang Paling Sunyi, Tahajjud Cinta Menjadi Saksi Ketika Cinta Memanggil Seluruh Imanku MendekatiMu Ya Ilahi. "

Menampilkan kelainan,album yg mempunyai lapan lagu ini tersangat istimewa. Jika dilihat pada judulnya sahaja sudah menampakkan bertapa Album ini sgt istimewa.. Tahajjud Cinta membawa maksud penuh tersirat..Perjalanan seorang insan yg mengharap cinta hakiki...

Memetik dari kata-kata Dato Siti ;

"Kita bebas memberi dan menerima serta berkongsi apa sahaja. Biarkan kita syahdu dialunkan oleh lagu hingga airmata mentis merenung kekesalan dan seterusnya bangkit mengenal siapa kita."

"Terimalah Tahajjud Cinta....Teman untuk kita sedar akan nikmat yang telah dikurniakanNya dan juga sahabat waktu kita diberikan ujian berat."


Untuk semua,dapatkan segera buah tangan terbaru dari Biduanita Muda Malaysia ini..Tahajjud Cinta....Bingkisan tentang hati..Mendamba cinta hakiki.....

Salam Ramadhan


9 comments:

EJAY said...

i will grab it today..

Pojiepooh Abdullah said...

wahhh!!
tetapp kann!!

Qarl said...

bila ziana zain nk wat album ketuhanan

huhuhuhu

Aqmal Arista said...

ya! sgt setuju ngan Karl...
dengar kak ziana nyanyi lagu Kembara Di Tanah Gersang dulu pun dah terkesima...hehe

addyaholix said...

peminat ct ya?

Amir Rayyan said...

Ejay : Cpt dptkannye bro..

Pojie : hehhe..my kakak...

Karl : InsyaAllah ti kak ziana lak wat...

Aqmal : Jgn gegaduh..kak ziana wat nyer album cam ni ti..Tp dato siti best sket je dr kak ziana..hehe..Dato siti ttp the best..


Addyaholix : Yezza..peminat setia Dato siti nurhaliza..

Amir Rayyan said...
This comment has been removed by the author.
farish izaryl @izreez said...

shnteknya tok t

Wanpetunjuk said...

Heheheeh...suka abg baca entry nih. Sungguh best!.

Tak sabar nak tunggu CD tuh sampai...

Apa2 pun, thanks Wan, thanks a lot!

#Nnti abg blajan wan....hehehehe


Lots of love!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...