Tuesday, 1 June 2010

~Palestine In Our Heart!!! ~





Assalamualaikum to all!!

Semalam gempar berita Komando Israel menyerang kapal-kapal misi bantuan untuk GAZA yg mengorbankan 19org maut dan 36org tercedera..Aktivis dari Turki antara yg teramai korban..Dalam misi tersebut Kapal Marvi Marmara yg turut membawa aktivis Malaysia diserang oleh Israel laknatullah.

Mari sama2 kita perbanyakkan doa moga ALLAH memberi kemudahan serta menghancurkan rancangan jahat Israel Laknatullah..Moga ALLAH memberi kemenangan buat Islam.

Maksud Firman ALLAH:

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yg berat sbgmna Engkau bebankan kpd orang2 sblm kami.Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan kpd kami apa yg tak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami;ampunilah kami;dan rahmatilah kami.Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yg kafir”

(Al Baqarah,2:286)

::Qunut Nazilah::..:: قنوت النازلة ::

.Antara sighah qunut nazilah yang boleh digunakan :

اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ ِفي نُحُورِ أَعْدَائِنَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُورِهِمْاللَّهُمَّ بَدِّدْ

شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْوَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَيَا قَهَّارُ

... يَا جَبَّارُ... يَا مُنْتَقِمُ!(يَا اللهُ) 3 مرّاتاللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَاب...وَيَا مُجْرِيَ السَحَاب...ويا هَازِمَ الأَحْزَاب...اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Sesungguhnya qunut nazilah adalah antara yang disyariatkan di dalam Islam yang antaranya bertujuan sebagai doa kepada saudara-saudara Islam yang ditimpa musibah seperti ditimpa peperangan.Doa qunut ini dibaca pada setiap kali solat fardhu yang lima.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

:عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: " لأقَرِّبَنَّ صَلَاةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقْنُتُ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ مِنْ صَلَاةِ الظُّهْرِ وَصَلَاةِ الْعِشَاءِ وَصَلَاةِ الصُّبْحِ بَعْدَ مَا يَقُولُ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَيَدْعُو لِلْمُؤْمِنِينَ وَيَلْعَنُ الْكُفَّارَمتفق عليه

Disunatkan juga agar bacaan doa itu hendaklah ringkas,pendek dan tidak memanjang-manjangkannya.Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

حديث أَنَسٍ رضي الله عنه لما سئل : هَلْ قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ؟ قَالَ: نَعَمْ بَعْدَ الرُّكُوعِ يَسِيرًاأخرجه مسلم

Doa qunut nazilah juga tidak dikhususkan pada lafaz-lafaz tertentu.Oleh demikian itu,boleh digunakna lafaz seperti yang di atas.Secara ringkas,cara pelaksanaan qunut nazilah tidak berbeza daripada qunut pada solat Subuh melainkan pada lafaz.

Oleh demikian itu,rentetan serangan pengganas dunia tentera israel ketika ini ke atas rakyat Peletin terutamanya saudara seIslam kita,marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa kepada Allah agar umat Islam pada hari ini dibagi kekuatan dan kemenangan antara caranya adalah mengamalkan qunut nazilah seperti di atas.

Kita pohon pada Allah supaya umat Islam Palestin diberi kekuatan dalam menghadapi musibah dan serangan Palestin serta dihapuskan kekuatan dan serangan Israel walau dengan apa cara sekalipun.Kita berserah kepada kehendak Allah dalam memberi pertolongan kepada hamba-hambanya yang merupakan umat kesayangan kekasihNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Jom doa dgn sungguh!!!

Palestine In Our Heart!!!!!!!!!

Salam Palestine!!!!


4 comments:

Qarl said...

fisabilillah...

aizul said...

Tuhan selamatkan umat ISLAM!!!

Nazrul said...

insyaallah, i will apply apa yg dikatakan dlm blog nie..sama2 kta doakan agar Allah membantu umat islam yg sdg berperang..

Anonymous said...

Bonito mensaje fuerte. Nunca pensé que era tan fácil. respetos a usted!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...