Thursday 16 December 2010

Keranamu A'syura

Assalamualaikum Semua...

Hari Asyura,10Muharam 1432H..Alhamdulillah,tahniah buat yang berjaya puasa semalam dan hari ini. Moga Allah ganjarkan yang terbaik insyaAllah...

Pagi tadi,bila bangun dari tido,teringat tentang hari asyura,terus teringat kampung. Teringat Bubur Asyura. Kalau kat kampung (kampung saya di Kedah) bila masuk je 10Muharam,ramai la orang-orang kampung berpakat ramai2 buat Bubur Asyura..Proses membuatnya yang menarik. Dari santan yang putih,dicampurkan semua rencah kedalam dan bertukar menjadi warna coklat. Gambaran tentang hati kita,asalnya putih,tp selepas di isi dengan pelbagai,ia menjadi hitam. Moga kita termasuk dikalangan hamba2 yang bersih hatinya insyaAllah.



Perkara pertama saya buat pagi tadi,sms mama,saya tanya,buat bubur asyura tak? mama cakap belum lagi tp akan..Arggh rasa mcm nak balik kampung!!! Rindu nak makan bubur Asyura.. Waktu panas2 letak atas daun pisang dan makan...sedapnyeee.... (bila saya balik kampung nanti,ini yang akan saya mintak..hehehe)

Bubur Asyura ada pelbagai versi..Ada yang letak daging la ape la. tp kalau kat Kedah bubur asyura mcm kat pic yang saya letak tu.... Letak jagung,ada letak pisang dan mcm2 lagi lah.. (nanti saya kongsi resepinya bila balik kampung k...insyaAllah)

Ok lah semua,kalian pasti pernah rasa bubur asyura jugak kan..Selamat berpuasa untuk yang berpuasa..Jaga diri semua...

Salam Sayang

8 comments:

Unknown said...

ingat kan bubur asyura ni bubur lambuk...

*akceli menda ni fofular kat utara je ke???

::FAIZ:: said...

Bubur tu, mak angkat faiz slalu buat.. hehehe

Qarl said...

penah makan yg mcm tu.. mcm kuih dh kan

masa belajar kt mrsm pendang tu tiap2 tahun ade haha

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

yes, semoga kita diberkahi pada hari asyura ini.

teringin nk join org kg masak asyura,!

Mra Mastura said...

eh, kuih ea?
mra mam yg bubur. hehe

sedap nye.. huhu..

Hezesuze said...

harinie weols sedekah bubur asyura kt surau...

sYukCurz said...

sedap! mane nak carik ni. lama da xmakan

Amir Rayyan said...

Fauzi Aryaan : lain ok...hehehe..if kat kedah agak popular la..tp da mcm2 jenis..

Faiz: sedapkan...lain negeri,ramuannya berbeza..

Qarl : hehhehe...:P

FIFIEY LYCHEE MARATION : bestkan...msk ramai2...:)

mra: bila sejuk jadi cam kt pic tu la..hehehe

kak heze: ala,sedapnye...

syuk: jom balik kedah!!! hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...