Sunday 5 December 2010

~ Suatu Masa ~

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Assalamualaikum semua....

Salam hujung minggu semua...Sehat?? Alhamdulillah,demam saya telah kurang..cuma batuk2 biasa..Sakit adalah masa terbaik untuk kita bermuhasabah dan sebenarnya adalah waktu rehat yang terbaik..Sakit akan buat kita lebih sering mencari pertolongan Allah..Moga segalanya baik2 saja insyaAllah....

Ada masa kita berlari...Ada masa kita jatuh tanpa sedar..Dan ada ketika yang lain pula kita ingin terus bangun melupakan luka...Menyelak halaman pada cerita2 lalu yang saya coretkan dulu,saya terjumpa ini dan saya ingin kongsikan  sekali lagi dengan kalian... Ia tentang hidup dan belajar... ( Harap ia beri sesuatu pada semua...insyaAllah)


“Hanya dengan turun ke jurang derita kita dapat memungut semula permata hidup. Di mana kita tersungkur jatuh disitulah letaknya permata kesayangan. Gua yang kita takut untuk memasuki rupa-rupanya adalah tempat wujudnya apa yang kita cari”

“... Tiada guna mencuba mati-matian... Bernyanyilah bagaikan kau tidak perlukan wang Bercintalah bagaikan kau tak mungkin terluka Menarilah bagaikan tiada siapa menonton Segalanya mesti dari hati untul berjaya”

“Orang yang lebih banyak memikirkan wang daripada orang kaya hanyalah orang miskin” “Bagaimana menyayangi seseorang? Cuba gantikan dengan perkataan 'menerima'. Penerimaan penuh adalah kasih sayang tanpa syarat”

“Misi kita dalam hidup bukanlah untuk mengubah dunia. Misi kita adalah untuk mengubah diri sendiri”

“Apabila kita bertemu sesiapa ingatlah, itu pertemuan suci. Sebagaimana kita melihatnya, kita akan melihat diri sendiri. Sebagaimana kita melayaninya, kita melayani diri sendiri. Jangan sekali-kali lupakan ini, kerana di dalamnya, kita akan menemui atau kehilangan diri sendiri”

 Ok semua,jaga diri,jaga kesihatan dan jaga hubungan...Sampai bertemu lagi..InsyaAllah..


Salam Sayang

6 comments:

Hezesuze said...

psstt...awat akak call pagi tadi xdpt?? tuko no ke?? baru nak ajak bekpes coz tadi anto menu pengantin kat kompleks belia huhu

Amir Rayyan said...
This comment has been removed by the author.
Qarl said...

jom jom layan sampai bertemu - erra fazira!

ijat_asni said...

terbaek punye info~

Anonymous said...

oke , kene tembak so tepis ahh ! * tag (:

yana lyana said...

Best info!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...