Monday 14 March 2011

Disini bermula....

Assalamualaikum & Salam Jumaat semua...

Alhamdulillah,masih diberi peluang berada di penghulu segala hari,hari jumaat yang mulia.Terima kasih Allah atas segala nikmat dan anugerah. Moga kita menjadi hamba yang sentiasa melafazkan kata syukur..

Kali ini amir sekadar ingin kongsikan bersama kalian sejak bila amir mula berblog. Alhamdulillah,sedar atau tidak amir sudah mula menulis sesuatu di laman blog spot ini sejak 13 Jun 2007. Amir sendiri baru sedar yang amir telah mula berjinak dalam penulisan blog sejak 2007.

Permulaannya bukan di laman yang anda singgah sekarang. Laman tersebut telah lama amir tinggalkan dek kerana terlupa email juga password nya. Laman terdahulu amir itu lebih kepada cerita zaman belajar. cerita tentang kegiatan amir dulu. Owh ya,masih kekal pada laman itu bahasa yang sama dengan yang ada sekarang. Amir agak aktif dalam Kelab Bahasa Arab semasa menuntut di Kolej. Ia sudah menjadi sebahagian dari kehidupan amir pada waktu itu. Mungkin kalian dapat jumpa sesuatu pada laman itu. Dibawah ini amir kongsikan link nya. (sila klik pada gambar)




Laman kedua amir ialah seandairies. Selepas kehilangan password untuk laman Ibnuahmadsabri, amir kembali mengisi cerita di laman baru seandairies. Ia lebih kepada penceritaan peribadi dan ada juga gaya bahasa yang terkadang agak kasar. Tersenyum sendiri bila membacanya. Owh banyak kenangan jugak yang ditinggalkan pada laman itu.Sehingga kini laman itu masih menjadi panduan amir sendiri dalam jalani kehidupan. Yang amir ingat dalam setiap entry yang amir ceritakan pada laman tersebut akan amir akhiri dengan kata-kata. Kalian boleh singgah jika mahu lebih kenal amir yang dulu.(sila klik dibawah)




Selepas menghadapi masalah teknikal pada laman seandairies,amir mula bercerita semua di laman yang ada sekarang Amir Rayyan sejak 13 Februari 2009 yang lalu. Selepas hampir dua tahun di laman ini, banyak kenangan yang telah terhimpun menjadikan diri lebih bijak berfikir dan menangani masalah sendiri. Alhamdulillah,di laman ini jugak amir temui teman dan kawan serta kalian yang selalu singgah walau tidak pernah bersua tapi kita tetap kenal. Terima kasih kalian...



Owh ya,yang pasti nama Amir Rayyan sekadar nama pena amir. Bukan nama sebenar amir. :)

Sekadar ingin berkongsi bersama kalian.terima kasih kerana singgah dan saya anggap ia satu anugerah. Moga kita kekal berukhuwah dan mendapat redha Allah. Jaga diri semua.

Salam Sayang

3 comments:

apezs shah said...

salam

amir indahnya penulisan tu..
dah lama upenya amir ni bertapa dalam
dunia blog yea..


*thanks komen..
Insyallah!!

mr.syazwan said...

PAWANA~ yeahhh

ehhe

TERUS BERBLOG

TERUS MENULIS KATA2 INDAH ABANG YE

=_=

Qarl said...

pawana - yeah!

now tgh baca blog2 lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...