Thursday, 3 March 2011

Kedua & Ketiga,Tidak Keempat...

Assalamualaikum......

Sengaja membiarkan laman ini sepi beberapa hari. Bebanan kerja yang bertambah setiap hari menjadi antara sebab cerita disini tidak dikongsi bersama. Alhamdulillah,bertemu juga dengan waktu yang seakan sesuai untuk meluah segala rasa.. (maaf kerana saya gunakan bahasa yang agak formal,kerana saya suka begitu jadinya..)

Kalian sehat?? Moga semua dalam keadaan sehat insyaAllah..Alhamdulillah,keadaan kesihatan sendiri berada di tahap yang baik. Terima kasih Allah.

Dalam hidup kita selalu berfikir tentang peluang kedua. Ada setengah pendapat berkata,mengapa perlu tunggu peluang kedua andai kita mampu menghasilkan yang terbaik untuk yang pertama. Ya itu jika kita berjaya dalam percubaan pertama. Pada saya semua orang memerlukan peluang kedua atau mungkin ketiga tapi tidak keempat. Peluang kedua dan ketiga memberi kita cukup ruang untuk kembali menilai diri dan menafsir kesalahan diri. Percubaan pertama selalunya memungkinkan segala kesukaran dan kesilapan. Manusia tak pernah terlepas dari melakukan silap.Tetapi percayalah akan sifat Maha Pengampun Allah dan percayalah yang Allah akan memberi kita sebaik-baik perlaksanaan.

Kita selalu saja mempersoalkan tentang sesuatu..tapi kita jarang berfikir tentang sesuatu. Orang yang pandai belum tentu bijak tapi orang yang bijak sudah tentu pandai. :)

Nanti amir sambung lagi..(tentang kedua dan ketiga tapi tidak keempat)

Owh ya,Alhamdulillah,akan ada permulaan baru dalam hidup Amir. InsyaAllah doakan ya dan doa saya juga untuk kalian semua yang setia singgah disini. Jaga diri ya.

Salam Sayang

11 comments:

aizul marcello said...

kadang2 manusia tidak menghargai peluang2 yang hadir selepas peluang pertama..

mir, moga baek2 aja ya..always pray for you!

bukankosong said...

InsyaAllah...perlahan-lahan...

[ +_+ ] [ =_= ] [ -_- ] said...

Allah Maha Mengasihani hanya dia yang layak menentukan seberapa banyak peluang yang diberi kepada hambanya.

Semoga kita sama-sama belajar dari kesilapan.

ADfeez said...

semoga semuanya baik2 sentiasa.. apa yang dirancang berjalan dengan kehendakNYa...:)

Nulia said...

Insya-Allah , semuanya baik-baik aja ... ^_^

kerana peluang juga , kita boleh belajar sesuatu yang baru dan kerana peluang juga manusia menjadi lupa ...

kenapa kita susah menghargai peluang yang ada amir ???

Qarl said...

mana dpt lagu afgan ni?

dlm album THE ONE ni

hiks

anjakan paradigma dlm hidup!

yg terbaek

mr.syazwan said...

insyALLAH semua akan berjalan lancar

=_=

::FAIZ FARISH:: said...

suka komen Aizul

mye said...

smoga anda tbah mghadapi hr2 yg mndtg dan jdkan hari ini lbh bek dr smlm dan hari esk lbh bek dr hari nie..
huhu

Amir Rayyan said...

aizul marcello : InsyaAllah..terima kasih aizul...

bukankosong : ya insyaAllah..:)

[ +_+ ] [ =_= ] [ -_- ] : insyaAllah...ameen..:)

ADfeez : insyaAllah..:)

Nulia: mungkin sebab kita manusia.... :) (walaupun sebenarnya kita tak susah)

Qarl : dah lama dgr lagu ni...baru letak dik...:)

mr.syazwan : InsyaAllah ameen...

::FAIZ FARISH:: tq farish..:)

mye : tq mye :)

Nulia said...

owh ...betul juga...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...