Thursday 28 April 2011

Bermusafir

Assalamualaikum Semua

Meniti hari-hari terakhir dibulan ke 4, 2011. Alhamdulillah,masih punya peluang untuk kita sama menikmati segala keindahan sementara ini. Terima kasih Allah atas segala peluang yang diberikan sampai saat ini. Alhamdulillah. Pasti ada antara kita yang tak sabar menanti hujung minggu. Selamat bercuti buat semua.

Usai kerja esok (jumaat) insyaAllah saya akan memulakan satu perjalanan yang saya kira agak panjang. Menuju ke selatan dan kemudian meneruskannya ke utara. Moga urusan ini dipermudahkan..InsyaAllah. Owh ya,saya kira esok juga satu sejarah,kerna sudah lama saya tidak menggunakan bas express untuk menuju ke satu-satu destinasi sejak punya kenderaan sendiri,dan esok saya memilih untuk menggunakannya. Pulang saja,perjalanan saya akan diteruskan ke utara, bekerja sambil bercuti di kampung halaman. InsyaAllah,sepanjang minggu saya akan habiskan di negeri kelahiran tercinta.

Laman ini mungkin akan sepi seketika tanpa sebarang cerita,saya sendiri belum pasti tentangnya. Jika berpeluang,insyaAllah akan saya kongsikan jua. Untuk kesempatan rehat beberapa hari ini,saya ingin meminta kalian mendoakan moga perjalanan saya dipermudahkan,selamat pergi serta pulang.

Doa saya,moga kalian gembira menikmati hari. Ingat,hargailah setiap peluang yang telah diberikan kepada kita kerana peluang itu hanya datang sekali. Jujur,ikhlas & sabar itu kunci utama. dan Doa adalah senjata yang tak ternilai harganya. Jaga diri buat kalian semuanya.

Salam Sayang

2 comments:

Qarl said...

semoga perjalanan yang panjang esok akan dipermudahkan olehNYA

senyum selalu!

hamzah ian said...

ke selatan kemudian ke utara.. jauh tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...