Thursday, 7 April 2011

Penulis Senja Terakhir



Assalamualaikum semua.....

Alhamdulillah,kembali mengisi sesuatu dilaman ini. Berbeza ceritanya untuk kali ini. Semasa sedang sibuk di kamar pejabat siang tadi,saya terpandang pada laman mukabuku saya pada link yang satu ini. Sejujurnya ini kali pertama saya menjengah ke laman yang satu ini dan hati terus tergerak untuk terus membaca. Disana saya bertemu tentang contest yang dianjurkan pemilik laman tersebut. (Sila klik pada banner diatas untuk ke blog penganjur)

Syarat pertama untuk menjadi follower laman tersebut telah saya penuhi. Demikian juga untuk menekan butang "LIKE" pada laman mukabuku nya juga telah saya lengkapkan..Untuk syarat yang ketiga juga telah saya penuhi dengan tajuk cerita saya kali ini. " Penulis Senja Terakhir"

Alasan untuk saya turut serta adalah kerana "Bahasa & Sastera. Itu sebahagian yang sudah lama sebati dijiwa dan saya kira penganjur juga punya maksud yang sama. Bahasa itu sastera dan menjadi lambang tingginya budaya. Saya kira setiap yang punya bahasa pasti punya satu karya. Ia tentang sesuatu yang jujur dari dalam jiwa. Itu sahaja alasan saya."

Ini syarat kelima. Berbicara tentang karya yang saya punya. Terhasil semasa saya mula mengarang cerita disini untuk saya turut serta. Harap penganjur suka dan kalian juga turut merasa gembira. Karya saya tentang Penulis Senja Terakhir....

(Penulis Senja Terakhir)

Masa tak membutuhkan sebarang ruang untuk berbicara.....
Mereka,dia,kamu atau sesiapa sahaja.....
Aku tenggelam dalam kalam yang tak pernah berkata-kata...
Yang tinggal hanya satu jiwa.......

Diakah yang menulisnya?
Kamu atau mereka yang punya cerita?
Aku sendiri masih mahu bertanya....
Adakah masih ada pemilik karya??
Atau yang tinggal hanya seni budaya....
Yang kian hari luput ditelan masa.....

Tahukah mereka tentang maksudnya???
Atau sekadar mencari bahan jenaka?
Atau ingin dijulang sebagai sasterawan bangsa...
Sedang karya tiada berjiwa...

Aku hanya penulis senja.....
Yang menanti disetiap ketika.....
Mengharap ada yang mahu mencuba....
Membawa budaya ke serata buana....

Mungkin saja itu mimpi yang terpamir....
Sedang nyata aku hanya penulis senja yang terakhir.....

Nukilan Jiwa : Amir Rayyan
Berpaksi masa : 8.42 Malam / 6.04.2011

Memenuhi syarat yang tinggal,saya ingin mengajak sama teman yang ada untuk turut serta.. Dan mereka adalah sesiapa sahaja yang ingin turut mencuba.

Sampai bertemu lagi semua..jaga diri.

Salam Sayang

p/s: ini contest ketiga yang saya cuba..:)

10 comments:

waN Mohd Salim said...

thnks tuan dah join contest sye ..

si para para said...

suka dengan tulisan saudara.

DanieL AdiE said...

Wow.. Nice sgt..

Khuzrin Kamarudin said...

manis puisinya,..

::FAIZ FARISH:: said...

very Nice Amir

k.h.a.l.i.l.a said...

ayat die bole tahan ^^ best

Embun Pagi said...

sungguh bermakna amir..=)

WanHidayat said...

Good luck dik!

Nulia said...

wah , menarik...nak cuba joinlah ...hihihi....^_^

ADfeez said...

nice.. kata2 dr hati..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...