Thursday, 14 April 2011

Selepas Mula

Assalamualaikum Semua

Seminggu laman ini ditinggalkan tanpa sebarang cerita. Langsung tidak punya apa-apa untuk dikongsi bersama. Segalanya tentang kerjaya baru yang hampir sebulan saya mula. Alhamdulillah,terlalu banyak sukar tetapi mudah andai kita tak pernah berputus asa.  Terima kasih Allah.

Banyak yang telah saya rencana,untuk kepentingan diri,keluarga dan teman-teman. Harapan dan doa saya moga setiap langkah sentiasa dipermudahkan. Ini permulaan yang baru saya buka,harap ia menjadi sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Setiap manusia impikan yang sama.

Alhamdulillah,disebalik beberapa kesukaran,urusan saya dipermudahkan. Terima kasih kepada teman-teman yang turut memberi bantuan dari segala aspek. Saya teramat hargainya dan hanya Allah dapat memberi sebaik-baik balasan buat kalian. Doa saya yang terbaik buat kalian juga insyaAllah.

Benar, banyak yang terpaksa kita korbankan demi satu kejayaan yang kita impikan. Saya selalu percaya tentang itu. Moga sabar dan ikhlas serta jujur dan syukur sentiasa terpahat dihati dan diri.

Harap dapat kembali kongsikan sesuatu lagi disini. Jaga diri buat kalian yang terlalu dekat dihati.

Salam Sayang

p/s: ini hanya tentang diri,sekadar memberi ingat buat diri sendiri

2 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Good Luck Amir

Nulia said...

amin .... kami doakan untuk kamu juga amir ^_^ ....

insya-Allah , semuanya akan baik dan membuah hasil setelah kita berkorban dan bersungguh-sungguh.!!!

ganbatte kudasai amir-san !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...