Tuesday 7 June 2011

Album Terbaru Ning Baizura - DEWA



Assalamualaikum Semua...

Tertarik dan berminat... Hanya itu yang mampu saya ungkap bila saya singgah di laman Qarl [ www.mohdhaiqal.com ]. Tanpa berfikir panjang saya terus menyiapkan cerita ini.

Album Terbaru Ning Baizura - Dewa adalah sesuatu yang ingin saya miliki. Saya akui,saya bukan mengikut setia industri muzik terutamanya Ning Baizura,tetapi ada sesuatu yang buat hati saya teringin untuk turut memiliki hadiah terbaru daripada Ning Baizura buat peminat beliau ini.

Memenuhi syarat yang ditetapkan,yang pertama dan kedua telah saya sempurnakan. Dan ini jawapan soalan berikutnya.

Terdapat 8 lagu dalam album Dewa antaranya [ Raksasa, Sampai, Mama Papa, Bila, Pencarian, Propaganda, Alhamdulillah,Aku Bukan Dewa ]

Laman Portal Rasmi Ning @  www.ning-baizura.com

Dan ini video khas yang telah dihasilkan istimewa untuk peminat-peminat Ning Baizura oleh Qarl.



Saya masih ingat antara jawapan Ning semasa menjawab soalan wartawan selepas menang besar di AIM beberapa tahun lalu yang turut menewaskan Diva kesayangan saya Dato Siti Nurhaliza dalam beberapa kategori, antara yang disebut ; 'Saya menghormati Siti sebagai lagenda muzik tanahair'. 

Ini satu usaha,menang atau tidak,saya hanya mahu mencuba. Jika kalah,saya tetap akan memiliki album ini bila ia dipasarkan nanti insyaAllah.

Salam Sayang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...