Friday 10 June 2011

CIC Quarter 2 Training - Day 1 -



Assalamualaikum Semua.....

Jam menunjukkan pukul 03:20pg semasa saya siapkan cerita ini. Sudah hampir setengah jam saya tersedar dari tidur. Fikiran saya masih rancak berfikir tentang itu dan ini. Tidak lain ia hanya permasalahan peribadi yang akan selesai sendiri. InsyaAllah,saya yakin dengan pertolongan Allah. Untuk seketika,saya mengambil langkah berdiam diri dan menumpukan segala fokus kepada kerjaya baru saya yang sedang bermula. Alhamdulillah,saya temui jiwa saya dengan kerjaya baru ini. Terima kasih Allah.

09.06.2011, Hari pertama CIC Quarter 2 Training bermula. Alhamdulillah,untuk hari pertama,kami diberi penerangan tentang Module : New Math yang disampaikan oleh Mr Lin Ching-Tang. Ini adalah training pertama saya bersama pengurusan CIC dan saya rasakan ini adalah antara yang terbaik pernah saya sertai. Permulaannya agak sukar untuk saya memahami tentang modul baru ini,tetapi bila sudah hampir setengah hari diberi penerangan,akhirnya,saya faham juga. InsyaAllah akan terus belajar untuk memahami setiap konsep yang disampaikan.

Rasanya, saya berhenti disini dulu,nanti saya ceritakan lagi tentang hari kedua pulak insyaAllah. Jaga diri semua, Jaga Solat, Jaga hubungan sesama. Bersama ini saya titipkan beberapa gambar sepanjang hari pertama tadi. :)














Rindu Ramadhan, Moga diberi peluang bertemu!!! InsyaAllah

Salam Sayang

3 comments:

aizul marcello said...

mcm best je men benda alah tuh! hehehe

::FAIZ:: said...

very nice... warna warni... i like..... kalau susun kat bilik tido, mesti lawa... mcm bilik tdo budak kecik...

mr.syazwan said...

dalam module ni mesti ada selitkan module gosip2 kan???

hahaha

;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...