Thursday, 16 June 2011

Dato Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah

Assalamualaikum Semua.

Hari ke 4 saya di tanah kelahiran tercinta. InsyaAllah berbaki beberapa tugasan lagi disini sebelum saya kembali ke Putrajaya untuk selesaikan tugasan dan impian disana pula. Moga semuanya terhasil baik insyaAllah. Saya turut doakannya buat kalian sama. Terima kasih Allah.

Alhamdulillah kepada yg berkesempatan beribadah dan menyaksikan gerhana bulan semalam,moga segala doa dan amal diberkati dan dimakbuli insyaAllah. Ia menjadi satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah.

Cerita kali ini tentang figura seni Malaysia,Dato Siti Nurhaliza yang telah menerima uniform sebagai Askar Wataniah sebentar tadi yang telah disempurnakan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr Zahid Hamidi. Selain Dato Siti Nurhaliza, beberapa selebriti lain turut menyertai.

Sebagai salah seorang peminat Dato Siti Nurhaliza, saya ingin mengucapkan tahniah dan turut merasa bangga atas penyertaan beliau dalam angkatan Askar Wataniah. Satu semangat yang saya kira saya sendiri belum punya untuk itu. Tahniah Dato Siti Nurhaliza.

Untuk tatapan kalian,saya kongsikan beberapa gambar sekitar majlis tadi.Semua gambar-gambar ini diambil daripada laman Twitter Dato Siti Nurhaliza. Terima kasih Dato Siti Nurhaliza.

Sampai bertemu lagi insyaAllah. Jaga diri,Jaga Solat dan hubungan sesama.

Salam Sayang

5 comments:

Qarl said...

kan dah ala2 blog rasmi tok ti haha

hope betul2 la die berminat dlm askar wataniah itu

::FAIZ FARISH:: said...

cantik

::fadxieza:: said...

alolo..comel btl la dato sorg ni..
huhu..

Aman Ibrahim said...

what a great role model for everyone haha..

comel dato siti

miyyo said...

semoga bisa membawa perdamaian...!!!amiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...