Thursday 16 June 2011

Gerhana Bulan 1432H/2011M



Assalamualaikum Semua..

Entry ini atas rasa tanggungjawab yang saya rasa perlu untuk saya kongsikan secara bersama. Jujur,saya sendiri tidak sedar akan hal ini pada mulanya,hingga lah saya terpandang tweet seorang teman di laman twitter berkenaan Gerhana Bulan yang akan berlaku beberapa jam sahaja lagi.

Selepas terpandang tentang itu,saya terus merujuk Taqwim hijri & solat yang ada dirumah keluarang Majlis Agama Islam Kedah dan memang ada dinyatakan disitu tentang peristiwa Gerhana Bulan yang akan berlaku pada 14 Rejab 1432H bersamaan 16 Jun 2011 bermula pukul 2.22pagi hingga 6.02pagi.

Dikesempatan ini saya ingin mengajak teman-teman semua untuk turut serta mengerjakan solat sunat gerhana seta memperbanyakkan doa. Gerhana adalah salah satu dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Subhanallah.

Kalian boleh ke link ini untuk mengetahui cara solat [sila klik]

Rasulullah S.A.W bersabda: 
 "Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat."

[ Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.]

Moga Allah merahmati dan memberkati setiap amal yang kita kerjakan insyaAllah. 
Salam Sayang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...