Saturday 9 July 2011

100 Hari : Canda Tangis Ketawa Duka

Assalamualaikum Semua...

Sebenarnya saya sendiri tidak pasti untuk menceritakan tentang ini atau tidak. Selepas memikirkannya berulang kali,saya kongsikan juga sekadar sejarah pada diri saya.Ia sekadar cerita untuk saya jadikan peringatan buat diri saya.

Hari ini, 9 Julai 2011 genap 100 hari kembara hijrah saya. Pada yang mengikuti rentetan cerita saya di laman ini termasuk di laman sosial milik saya yang lain [mukabuku & twitter] pasti mengetahuinya. Demi meneruskan kelangsungan kerjaya saya,saya pilih untuk berada disini dan memulakannya semula. Terima kasih Allah.Selepas hampir 3tahun saya berada di Shah Alam,mengharungi pelbagai ragam,berkongsi segala canda,tangis,ketawa dan duka,saya memilih Putrajaya sebagai destinasi seterusnya. Jujur,pada awalnya keputusan yg saya ambil untuk meninggalkan Shah Alam adalah kerana sifat marah tetapi Allah memberi saya ruang untuk saya menilai semula dan memberikan ini yang terbaik buat saya. Terima Kasih Allah.

Selepas 100hari, saya diajar untuk lebih menghargai,mengenali dan memahami. Hijrah bukan sesuatu yang mudah. Hijrah perlukan pengorbanan disebaliknya. Singkap kembali hijrah Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W,hati tersentuh,saya diuji tidak seberat itu tetapi saya hampir rebah. Alhamdulillah,Allah masih memberi saya peluang untuk meneruskannya.

Saya akui,100hari yang lalu,saya telah mengalami "kehilangan" yang banyak,tetapi bila saya menilai kembali,yang hilang itu sebenarnya adalah hadiah dari Allah buat saya. Hadiah serta anugerah untuk saya belajar dari kesilapan,memulakan semula dan ini saya namakan sebagai peluang kedua. Alhamdulillah. Rasa susah saya telan,hampir saja jatuh rebah,tapi diri belum mahu mengalah kala hati sedang sakit parah. Segalanya terukir menjadi anugerah.

Saya bersyukur,disebalik dinding hipokrasi yang dicanang sesetengahnya,saya berdiri untuk terus kuat dan senyum [maaf ini sekadar luahan,tiada niat membangga diri dengan semangat yang Allah beri], Saya terima ini sebagai satu proses kehidupan yang tak ternilai harganya.Tak semua manusia rasa apa yang kita rasa. Tak semua rasa itu sama. 

Alhamdulillah,100hari memulakan kerjaya di Children Islamic Centre adalah yang terindah dalam hidup saya. Saya rasa nikmat menjadi seorang pekerja {bukan bermaksud sebelumnya tidak,tp kini saya lebih merasainya}, Saya lebih menghargai segala yang saya ada. Saya mohon doa semua,moga Allah terus mudahkan langkah saya disini kerna jiwa saya sudah sepenuhnya disini.Saya kira saya seperti seorang kekasih yang jatuh cinta pandang pertama. Doa saya juga buat kalian.

Kepada sesiapa sahaja,yang berada bersama saya sepanjang tempoh ini,masa sukar,masa sedih serta masa ketawa, serta yang hilang pergi meninggalkan saya sendiri,memperkatakan tentang itu dan ini tentang saya,kalian terlalu saya hargai.Kalian buat saya terus kuat untuk berdiri. Saya akan ingat sampai saya mati. InsyaAllah. Moga Allah memberkati.InsyaAllah.

Pesan saya pada diri dan sesiapa jua disini; "Jika Allah memberi uji,jangan pernah berduka hati,bangun berdiri,doa penuh harap & menangislah semahu hati,kerna Allah mahu mendidik diri,untuk lebih mengerti tujuannya kita disini {dunia} "

Gambar ini ada kaitan dengan entry seterusnya..InsyaAllah

Jaga Solat,Jaga Diri dan Hati serta hubungan sesama.. :)

Salam Sayang

2 comments:

maria-el-qibtiah said...

Salam...
2 thumbs up for sharing this...
Rezki Allah ada di mana2 sahaja...
Kadang2 hijrah itu perlu untuk dapat pelajaran n pengajaran baru. Tahniah kerana berjaya menempuh perjalanan selama 100 hari pertama. :-)

Qarl said...

1 muharam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...