Thursday 28 July 2011

Ahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan!!!

klik gambar untuk besarkan


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,kurang lebih 4 hari sahaja lagi bulan malam seribu bulan akan mengisi hari-hari kita. Doa serta menggunung impian kita untuk terus menikmati anugerah madrasah Ramadhan sehingga ke penghujungnya. Moga Allah memberi kita peluang dan ruang untuk menyempurnakan ibadah istimewa ini.

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Ramadhan adalah antara anugerah istimewa Allah buat ummat Muhammad S.A.W.. Ramadhan hadir dengan penuh rahmat,menjanjikan pelbagai ganjaran buat sekalian hamba Allah yang beriman.Ramadhan mengisi setiap ruang persaudaraan dan rasa simpati. Ramadhan hadir sebagai madrasah [sekolah] yang mendidik setiap hati. Yang membezakan semua itu adalah cara kita menerima kehadiran Ramadhan. Cara kita mendidik hati untuk bersahabat dengan Ramadhan yang akan pergi. Dan cara kita menyatakan rasa cinta pada Ramadhan yang belum pasti kita miliki ditahun mendatang.

Siapa tentukan cinta ramadhan kita? Diri kita yang tentukan. Allah memberi kita ruang untuk perbaiki diri,gunakan kesempatan yang ada untuk menilai semula diri. Hidup ibarat musafir lalu.Singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi abadi. Kita tak pernah tahu bila masanya kita kembali. Tiba masa langkah akan terhenti,lidah terkunci,hanya amal dan bakti sebagai pengganti kalam diri.

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Puasa & Al-Quran memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata," Wahai Tuhanku,aku telah menghalanginya makan dan minum & memenuhi syahwatnya pada siang hari,maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya." Dan Al-Quran pun berkata, "Aku telah menghalangnya tidur pada malam hari,maka perkenankanlah aku memberi syfaat baginya." Lalu syafaat kedua-duanya diterima Allah."  
[Hadis Riwayat Ahmad]

Moga madrasah ramadhan kali ini bisa mendidik jiwa kita untuk lebih baik dari sebelumnya. Ingat,urusan agama itu bukan sahaja untuk para ustaz/ustazah yang belajar agama tetapi ia menjadi tanggungjawab semua untuk mendalaminya.Sumber hanya berpandukan Al-Quran & As Sunnah. Jangan kerana kita terlalu taksub dengan sesuatu pegangan sampai kita menidakkan pandangan yang lain. Moga Allah memelihara kita semua dari sifat iri hati dan dengki serta sentiasa berada dalam hubungan persaudaraan yang diberkati.

Allah anugerahkan kita Ramadhan untuk kita kembali menilai diri,bermuhasabah dan berubah. Allah anugerahkan didalamnya malam Al-Qadr untuk kita cari seikhlas hati. Ramadhan sebagai satu hadiah/anugerah/penghargaan Allah yang terlalu istimewa dari Allah buat kita semua. Moga madrasah ramadhan yang bakal bermula ini menjadi titik tolak satu pembaharuan dalam setiap jiwa kita selepas berpisah dengan ramadhan kerna ramadhan akan datang belum pasti kita miliki.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


[segala pesanan dan perkongsian diatas adalah atas niat untuk berkongsi dan menasihati diri sendiri]

Dikesempatan ini, Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri saya,andai ada tersalah perbuatan dan tutur kata,terguris rasa dijiwa,maaf dengan sungguh saya pinta. Kepada sesiapa yang ada saya terhutang apa-apa,InsyaAllah saya akan usaha untuk selesaikan segera. Maaf dengan sungguh jua dari saya. Moga kita semua diberi peluang bersama Ramadhan hingga ke penghujungnya,mendapat rahmat keampunan dari Allah. InsyaAllah.

Ahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan

SELAMAT BERPESTA IBADAH!!!!... 

Salam Ramadhan,
Amir Rayyan
28/7/2011 : 12:09PM

4 comments:

::FAIZ:: said...

tak sabar nak puasa

mr.syazwan said...

pesta ramadhan akan berkunjung tiba

mari ramai cucuk bintang

tak sabar nak terawih

=_=

Wanpetunjuk said...

Alhamdulillah.....semoga kita sama2 dpt kecapi nikmat dan barakah Ramadhan tahun ini.... :)

Selamat berpuasa Wan!

maria-el-qibtiah said...

Assalamualaikum...
Selamat menyambut ramadhan yang mulia...
Ikhlaskan hati berpuasa...
Perbanyakkan amal dan istiqamah...
InsyaAllah, moga puasa kita kali ini diterima Allah. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...