Friday 26 August 2011

Remembrance of Al-Quds!!

Masjid Al-Aqsa [Kiblat Pertama Umat Islam]
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” 
(Surah Al-Israa’: Ayat 1)

Assalamualaikum


Alhamdulillah,Jumaat terakhir Ramadhan 1432H insyaAllah. Terima kasih Allah atas nikmat dan peluang. Ramadhan akan pergi lagi..Terasa sungguh rasa hati.. Berat mahu melepaskan hari-hari bersama Ramadhan berlalu pergi..Cerita kali ini tentang Bumi Al-Quds & Al-Aqsa yang dijajah. Terfikir juga tentang Ramadhan mereka. Nasibnya tidak sama seperti kita. Kita masih diberi masa untuk iftar bersama keluarga, sedang mereka berjuang untuk pertahankan Al-Aqsa Kiblat pertama serta Bumi Al-Quds tercinta. Masha Allah... :( 

Palestina, Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa berada pada kedudukan dan tempat yang terhormat di hati kaum muslimin seluruh dunia. Islam telah menempatkan dan menambah kemuliaan bagi Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa melalui ungkapan ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkannya sebagai negeri penuh berkah dan suci.


Kemuliaan dan penghormatan pun semakin bertambah dengan Isra Rasulullah SAW, dimana beliau menjadi imam solat bagi para nabi dan rasul AS di Masjid Al-Aqsa. Hal ini menegaskan bahawa Islam adalah kalimat Allah terakhir bagi manusia sekaligurs menunjukkan bahawa Shibghah (warna) terakhir bagi Al-Aqsadi dalam Syariat Allah adalah Shibghah Islam hingga hari Kiamat, maka jelaslah bahawa Al-Aqsa menjadi milik ummat ini. Semua itu diabadikan dalam puncak kefasihan firman-Nya: Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya dimalam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati…

Dengarkan tangisan anak-anak dari bumi Al-Quds ini. Masha Allah... :(



  
Dan saat ini, Al-Quds dan Palestina yang diberkahi menjadi tawanan tangan-tangan Yahudi yang membuat luka mendalam di hati setiap Muslim, menyuburkan kerinduan untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan melakukan solat di dalamnya.
  
Rentetan serangan pengganas dunia tentera israel ketika ini ke atas rakyat Peletin terutamanya saudara seIslam kita,marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa kepada Allah agar umat Islam pada hari ini dibagi kekuatan dan kemenangan antara caranya adalah mengamalkan qunut nazilah.

Antara sighah qunut nazilah yang boleh digunakan :

اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ ِفي نُحُورِ أَعْدَائِنَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُورِهِمْاللَّهُمَّ بَدِّدْ


شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْوَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَيَا قَهَّارُ



 ... يَا جَبَّارُ... يَا مُنْتَقِمُ!(يَا اللهُ) 3 مرّاتاللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَاب...وَيَا مُجْرِيَ السَحَاب...ويا هَازِمَ الأَحْزَاب...اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Kita pohon pada Allah supaya umat Islam Palestin diberi kekuatan dalam menghadapi musibah dan serangan Palestin serta dihapuskan kekuatan dan serangan Israel walau dengan apa cara sekalipun.Kita berserah kepada kehendak Allah dalam memberi pertolongan kepada hamba-hambanya yang merupakan umat kesayangan kekasihNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Jom doa dgn sungguh!!! :(

Salam Ramadhan

p/s: sumber rujukan: http://www.freewebs.com/roq06/mengapa218.htm

2 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

syukurlah kita sebab Malaysia tak macam ni.

kalau satu hari kita jadi mcm ni, entah mcm mana lah...

sabarlah palestin. satu saat kemenangan itu milik mereka..

notaComeI said...

Sama samalah kita berharap dan berdoakan. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...