Saturday 27 August 2011

Salam Eid Mubarak


Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah,sudah 27 Ramadhan hari ini. Kurang lebih berbaki 2hari sahaja lagi untuk detik indah bersama Ramadhan. Sungguh sayu rasa hati bila memikirkan Ramadhan akan pergi lagi kerna kehadirannya belum tentu kita miliki. Masha Allah, moga Allah masih memberikan kita peluang untuk bertemu Ramadhan..InsyaAllah.

InsyaAllah,sebentar lagi saya akan berangkat ke desa tercinta dan mungkin peluang untuk aktif dilaman sosial mungkin akan agak terbatas. Dikesempatan yang ada ini,saya ingin memohon ampun dan maaf andai sepanjang tempoh perkenalan disini atau dimana-mana sahaja yang buat kita semua kenal dan berteman ada yang terguris rasa,rasa tidak selesa, tersakit dijiwa yang terkadang daripadanya saya tidak sedar akan kekhilafan yang ada. Maaf dengan sungguh!! Terima kasih saya juga buat teman-teman yang mengirim kad raya tanda ingatan. Sangat saya hargai!

Kepada semua juga, jangan lupa menunaikan ibadah zakat fitrah. Selamat meneruskan pesta ibadah yang berbaki dan moga istiqamah mengiringi langkah kita nanti.Selamat sampai ke destinasi yang dituju dan selamat bersama insan tersayang. InsyaAllah.

Salam Eid Fitri Mubarak!!

Kullu a'm wa antum bikhair....

Salam Syawal

7 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

happy eid mubarak too amir rayyan =)

mye said...

selamat menyambut hari raya!!

::FAIZ:: said...

Amir Duet raye 4 me ade? heheheeh

Qarl said...

salaam aidilfitri

maaf zahir & batin

aDfeez said...

selamat hari raya aidilfitri!!! ;0)

mr.syazwan said...

S
E
L
A
M
A
T

H
A
R
I


R
A
Y
A

ABANG

DARI TULUS IKHLAS DARI SAYA DNA KELUARGA

=_=

DanieL AdiE said...

Salam Lebaran Abg Amir....

Jemput la datang raya rumah adie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...