Wednesday 3 August 2011

Selesai Dua...Sekarang Tiga....

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya untuk Allah,selawat serta salam buat Rasul tercinta,Nabi Muhammad s.a.w,ahlul bait serta sekalian sahabat baginda. Memasuki hari ke 3 hari ini. Ramadan seakan pantas berlalu. Moga Allah memberi kita ruang dan peluang untuk terus melaksanakan proses 'bulan madu' bersama Ramadan dengan sesempurna mungkin insyaAllah.

Alhamdulillah,hari kedua saya semalam berjalan lancar. Program Tadarus di pejabat diteruskan seperti biasa bersama teman-teman sekerja termasuk CEO,Pn Hajjah Qutren Nada. Alhamdulillah ini saya kira antara pengalaman baharu ditempat kerja kerana ditempat sebelumnya,tiada program sebegini diadakan. Pada saya, ada atau tidak program tadarus,ambil lah sedikit masa yang ada untuk membaca Al-Quran. Al-Quran adalah mukjizat Allah kepada Rasulullah S.A.W yang masih kekal sehingga hari ini. SubhanaAllah...Moga Allah rahmati kita semua.

Amalan yang sedikit andai berterusan dengan istiqamah adalah jauh lebih baik berbanding amalan yang dibuat bersifat sementara. Doa saya moga kita semua termasuk diantara hamba-hamba Allah yang sentiasa istiqamah dalam amal. Pernah saya ungkapkan dulu,pengetahuan tentang agama bukan hanya terletak pada ustaz & ustazah tetapi pada setiap muslim keseluruhannya. Mendalami semampu kita bertunjangkan ilmu para Ulama' adalah tugas dan tanggungjawab semua. InsyaAllah moga Ramadhan terus mengajar kita apa itu erti menghargai agama dan diri. 

Segala yang saya titipkan diatas adalah sekadar perkongsian buat diri sendiri dan semua yang singgah disini. Sahur apa kalian tadi? Sahur saya ringkas, saya hanya masak Nasi Goreng "Ditaman Teman" dan Alhamdulillah berkesempatan sahur bersama teman-teman serumah. Moga Allah terima segala amal dan permudahkan segala urusan kita insyaAllah. :)

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Puasa dan Al-Qur`an itu akan memberikan syafa’at kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa’at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur`an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari tidur di malam hari, maka perkenankanlah aku memberikan syafa’at untuknya.’ Maka Allah Swt. memperkenankan keduanya memberikan syafa’at.” 
(HR Imam Ahmad dan Ath-Thabrani).


Selamat Berpesta Ibadah


Salam Ramadhan Kareem

3 comments:

::FAIZ:: said...

Selamat Berpuasa Amir... Semoga Amalan Kita diterima Allah.Amin

mr.syazwan said...

tadi sahur ayam masak merah, sayur bayam n sambal tempoyak

harus kejap lg pergi toilet

hahaha

=_=

DanieL AdiE said...

Selamat berpuasa abg amir...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...