Thursday 3 November 2011

Antara Detik & Waktu

Assalamualaikum semua

Sudah seminggu juga laman ini dibiarkan sepi tanpa sebarang cerita. Bersawang juga mungkin. Pelawatnya juga mungkin sekadar singgah membelek cerita lama, sama seperti tukang cerita yang semakin kurang berkongsi rasa. Argh itu mungkin yang terfikir oleh kalian yang mungkin singgah disini. Firasat yang bukan selalunya nyata.

Sejak beberapa ketika, masa seakan terlalu cemburu sehingga pertemuan antara Jumaat & Jumaat seterusnya terasa begitu singkat. Waktu masih sama minit,saat & jamnya. Kesibukan hari mungkin membuatkan diri jarang tersedar. Allahuakbar.

Menyelak kembali coretan pagi yang tertaip disini 3bulan yang lalu. Sungguh waktu itu langsung tidak tahu ilham itu menyatakan yang kehilangan benar-benar berlaku. Allahuakbar!. Selepas 3bulan,fikiran,rasa dan rindu masih kuat bertamu. Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu.... Moga tenang dan bersama hamba-hamba yang beriman. Ameen ya rabb..

Kita akan pergi jua....
Tapi belum tahu masanya bila...
Kita akan pergi jua....
Tapi belum tahu cukupkah bekal dibawa.....
Kita akan pergi jua....
Tapi belum tahu didaerah mana......
Yang pasti kita akan pergi jua.......
Suka atau tidak
Itu sudah ketetapan dariNya....
Dunia tempat usaha...
Disana untuk kita lihat hasilnya...
Kejar dunia untuk dunia....
Kejar keduanya pastinya bahagia....
Dan akhirnya
Kita akan pergi jua.......

Amir Rayyan
14.07.2011

Zulhijjah kembali. Sejarah korban kembali dibaca,diamati dan cuba dihayati.. Pada pendapat sendiri, ia adalah sesuatu yang kita lalui saban hari. Allah anugerahkan 10 hari untuk menjadikan kita lebih memahami. Rasulullah s.a.w dalam sabda baginda menyatakan: "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini (1 - 10 Zulhijjah)"
[HR Bukhari]

Rasanya jari jemari ini mahu berhenti seketika untuk cerita kali ini. InsyaAllah, moga diberi peluang untuk kembali dan berkongsi lagi. Kenapa saya tulis tentang ini? Sebab saya mahu ingatkan diri saya sendiri. Wallahualam.
Salam Sayang

1 comment:

Anonymous said...

"Yang pasti kita akan pergi jua......."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...