Friday 4 November 2011

Wukuf di Arafah



Assalamualaikum semua

Semalam tergodeh-godeh setting blog, tersalah godeh sampai terpaksa tukar semua. Jadi,berlakulah sedikit perubahan. Sambil menaip cerita kali ini,sambil menonton Anugerah Skrin 2011. Bila tengok live streaming terpaksalah bersabar banyak. [ Apa yang daku tengah cuba perkatakan ni.. mungkin disebabkan mood ASK sendiri yang pada saya sedikit hambar ..Oh ini pendapat sendiri sahaja...]

InsyaAllah, Esok, 5 November 2011 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1432H adalah acara kemuncak ibadah haji. Wukuf di Arafah. Mari sama-sama kita perbanyakkan amal dan sama-sama berdoa agar jemaah haji yang berada di Makkah dapat melakukan ibadah dengan sempurna tanpa sebarang masalah insyaAllah. Buat teman-teman yang mempunyai kelapangan waktu, jom berpuasa esok sempena hari wukuf.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang maksudnya: "Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang". 
 [Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi]

Semoga istiqamah sentiasa,biar sedikit tapi berkekalan lebih utama. Moga Allah redha dengan kita semua.Salam Eid Adha Mubarak. Ia bukan sekadar menghayati erti pengorbanan tetapi cuba memahami serta muhasabah kembali apa yang telah kita lalui setiap hari. Kita bukan kekal disini tapi sedang berjalan menuju destinasi abadi. Allahuakbar.
Jaga solat, jaga diri, jaga hubungan sesama. Sampai bertemu lagi. InsyaAllah...

Salam Yaumul Arafah....

1 comment:

mr.syazwan said...

salam aidil adha

=_=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...