Saturday 12 November 2011

Anugerah Industri Musik [ AIM ] 18


Assalamualaikum semua.

Ringkas.Ya mahu ia jadi ringkas. Anugerah Industri Muzik (AIM) 18 akan berlangsung malam ini. Ia mungkin hebat atau mungkin penuh kejutan seperti selalu. 



Kejutan pertama untuk kali ini, Dato' Siti Nurhaliza tidak tercalon didalam satu kategori pon untuk AIM 18. Bagi seorang peminat Dato' Siti Nurhaliza, AIM kali ini pada saya punya sesuatu yang mungkin berbeza. Figura seni kesayangan ramai ini tidak akan kelihatan untuk menaiki pentas mempertahankan anugerah Persembahan Vokal Wanita Terbaik yang mula dimenangi pada tahun 1999 - 2006 sebelum tewas sekali pada Jac dan kembali merampas anugerah itu sehingga AIM 17.




Pendapat sendiri merasakan Album 3 Suara [ Ning, Shila,Jac] akan menang besar malam ini. Saya juga menjangkakan pengiktirafan akan turut diberi buat Dato' Sheila Majid menerusi The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid – Sheila Majid.


Sekadar pandangan saya dan ia mungkin berbeza. Selamat menonton dan menyaksikan pengiktirafan karya.
  
Salam Musik Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...