Thursday, 10 November 2011

Catatan Buat Seorang Teman


Assalamualaikum

Cerita ini istimewa. Tentang sesuatu yang sungguh berharga. Anugerah yang Allah anugerahkan pada semua. Manusia itu bukan hadirnya sendiri, tetapi untuk saling kenal dan berkongsi. Kali ini saya mahu ucapkan sesuatu yang lahir daripada hati.

Terima kasih atas segala nasihat....
Terima kasih sebab jadi seorang sahabat....
Terima kasih atas segalanya yang begitu buat diri kekal bersemangat...

Buat seorang yang begitu banyak memberi inspirasi & semangat..Terima kasih kerna jadi seorang sahabat..Yang selalu ada memberi pesan & ingat..Selamat Hari Lahir Abg Wan Mohd Hidayat.. Moga dalam rahmat Allah sepanjang hayat, terus berjaya hingga alam akhirat...InsyaAllah moga Allah mengurniakan berkat & rahmat...

Ini karya Abg Wan Mohd Hidayat buat kalian....
 
Karut Dinihari

Luas dada laut.....Luas lagi akal mu.....
Dalam dasar laut.....Dalam lagi fikiran mu.....
Walau seluas akal dan sedalam fikiran engkau miliki
Tidak tercapai rahasia dan nikmat PENCIPTA

Kerana engkau manusia biasa.....
Khusyuk bercerita tentang cita-cita
Ralik menilai harapan yang ada
Yang benar atau sekadar pasti
Yang pasti atau sekadar mujahadah

Jangan sampai hilang tauliah
Jangan sampai hilang pedoman
Engkau berlalu pada arus yang sedia
Biarlah ini untuk seketika....

Wan Mohd Hidayat Wan Abdullah
Baram Production Brovo
0130hrs (Main Deck)

Salam Mahabbah

2 comments:

Qarl said...

bleh buat tajuk single terbaru i gittew

Wan Mohd Hidayat Wan Abdullah said...

Wan yg abg kasihi.....
Thanks a lot for the lovely entry. Wan sudah beberapa kali buat abg terharu. Tiada apa yg boleh abg gambarkan melainkan rasa gembira dan terharu dengan entry ringkas ini. Semoga contoh yg baik dijadikan teladan bersama.....

Wan.....
Trima kasih juga kerana menjadi sahabat abg, menjadi adik abg yg baik. Abg mendoakan agar wan sentiasa bahagia dan semoga Allah permudahkan setiap urusan wan di muka bumi....

Wan.....
Kekalkan setiap sikap baik yg wan miliki dan moga ianya akan menjadi contoh kepada kawan2 wan dan juga diri abg.....

Terima kasih!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...