Tuesday, 24 January 2012

Hidup Itu Salah? [ I ]

Assalamualaikum & Salam Mahabbah teman-teman,

"Hidup Itu Salah?" ,Apa yang salah tentang hidup?Bersalahkah kita untuk hidup?Atau salah itu sememangnya hidup? Persoalan ini mungkin bermain di kotak minda kalian saat melihat tajuk perkongsian kali ini. Allah ilhamkan saya untuk catatkan sesuatu tentang ini sewaktu dalam perjalanan pulang dari Shah Alam ke Putrajaya melalui Gombak petang tadi.

Hidup itu sememangnya tentang "Salah", Ya "Salah!". Manusia bermula dengan salah sebelum bertemu benar/betul/wajar. Kenapa perlu salah?



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
Yang Menguasai sekalian manusia.
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
[Surah An-Nas : Ayat 1-6]

Manusia itu lemah. Kita terlalu lemah. Sukar untuk kita tidak melakukan salah. Lalu salah itu adalah satu pelajaran buat kita kembali berfikir. Salah menjadikan kita lebih mulia dari satu sudut yang berbeza. Ia terpulang kepada kita. Terdapat dua pilihan dalam hidup, pertama dengan meneruskan "salah", kedua mencari "benar" atau "hijrah".

Lalu dimanakah kita berada? Mahu terus "salah" atau mencari "benar"? Allahuakbar! Maaf segala pertanyaan ini buat diri saya sendiri yang terlalu lemah. Terlalu sukar mencari titik positif! Semoga Allah jadikan kita hamba yang senantiasa cuba untuk menjadi lebih baik dan istiqamah! InsyaAllah.
Muqaddimah saya untuk "Hidup Itu Salah?" berhenti dahulu setakat ini. InsyaAllah akan saya sambung nanti. 

Esok bermula Rabi'ul Awal, bulan kelahiran Rasul tercinta,Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasalam. Jom perbanyakkan selawat buat Rasulullah s.a.w!

Sampai waktu menemukan kita lagi, InsyaAllah.

Salam Mahabbah

2 comments:

Wan Mohd Hidayat Wan Abdullah said...

Wan...abg setuju. Sekiranya kita sedar kita salah maka cari lah peluang untuk cari yg benar...

Salam Rabiul'awal....

RAPI PTSS said...

hidup tak salah..manusia yang kadang silap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...