Thursday, 21 June 2012

Langkah Kita?

Ihsan Google

Assalamualaikum teman-teman,

Alhamdulillah, 1 Syaaban 1433H..29hari lagi untuk bulan yang dirindui. Moga Allah beri peluang dan kesempatan. InshaAllah. #muqaddimah

Sejauh mana langkah kita? Pernahkah kita bertanya pada diri,saat siang menjelang,sejauh mana lagi langkah kita pada hari tersebut. Dan kemanakah kita? Kita mungkin lupa dan saya sendiri akui keterlupaan itu. Yang selalu kita fikir,apa nak buat hari ini? Memikirkan permasalahan semalam yang masih belum langsai dan selesai. Ya,itu saya dan mungkin juga sesiapa yang turut merasa.

Terkadang kita lupa bahawa dunia hanyalah tempat sementara yang untuk kita singgah bekerja dan hasilnya untuk kita tuai di sana kelak. Dan kesibukan kita tentang kehidupan dunia hingga menidakkan kita untuk duduk barang sejenak berfikir tentang arah masa "sana" kita. Maaf, maksud saya disini bukan untuk menidakkan langsung sebarang urusan kerja dunia tetapi sekadarnya itulah kita. Lupa yang kita masih perlu kembali kepada Pemilik segala-galanya. #pesanbuatdirisaya

Kenapa saya menulis tentang ini? Sebab saya sedar akan kesakitan jiwa saya mengharungi karenah dunia. Tetapi Allah sentiasa ada buat kita untuk mengadu segala hal yg tersimpan dijiwa kita. Ya Allah,ampunkan hambaMu,rahmatilah kami.

Segala ingatan & mungkin jua pesan yang saya coretkan disini sekadar memberi ingat pada diri saya sendiri kerna kita adalah penasihat terbaik untuk diri kita. Moga Allah redha.

Kita sedar bahawa kita tak sempurna.. Tapi kita terlalu leka mencari & membetulkan salah orang lain sedang kita lupa untuk menilai diri kita... Muhasabah! Subhanallah! #pesanbuatdirisendiri

Moga bertemu lagi di lain bicara. InshaAllah. Selamat menanti Ramadhan teman-teman berjiwa.

Salam Mahabbah

3 comments:

AMIRAH AZMI said...

rejab- israk mikraj

syaaban- nisfu syaaban

ramadhan- lailatul qadar

syawal- raya, yeahh..hehehe

outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Wanpetunjuk said...

Wan...Assalam...
Apa khabar Wan?, harap baik2 selalu.... Wan salam sya'aban.....tidak sabar menunggu datangnya Ramadhan...

Harap2 dpt berbuka puasa bersama2 nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...