Saturday 7 July 2012

Jiwa Kita

Assalamualaikum teman-teman,

Alhamdulillah...Lama tidak singgah sini..Lama juga tak isi dengan cerita.. Rasanya lah.. Hari ini catatannya ringkas sahaja. Alhamdulillah Ramadhan semakin hampir. Kurang lebih 13hari sahaja lagi. Moga Allah anugerahkan kita peluang untuk bertemu Ramadhan lagi.. InshaAllah.

Alhamdulillah, masa-masa sukar, antara pelbagai pilihan, dan dalam tempoh yg agak singkat, Allah mengizinkan segalanya. dan kepada Allah jualah diserahkan segala doa' dan harap. Tentang apa biarlah ia jadi catatan dalam jiwa saya.

Pernah saya catatkan sebelum ini, tentang peluang yang datang dalam hidup, kita selalu merasa hidup adalah tentang dua peluang sahaja tapi kita lupakan yang ketiga. Bahkan mungkin yang ketiga itu lebih baik lepas tersungkur lagi dan lagi. Allah jua sebaik-baik pemberi nilai atas setiap amal kerja kita. Subhanallah.




Meraikan datangnya Ramadhan, saya ingin memohon jutaan kemaafan buat teman-teman pembaca,yang sudi singgah dan baca catatan tentang jiwa saya. Andai ada bahasa yang mengguris jiwa, menimbulkan segala amarah yang tidak suka, saya mohon maaf sungguh dari jiwa. Moga Allah redha.. InshaAllah.

Jaga solat,diri dan hubungan sesama. Moga Allah beri peluang lagi untuk berkongsi disini bila lapangnya waktu. InshaAllah.

Salam Mahabbah

2 comments:

Wanpetunjuk said...

Assalamualaikum Wan...

Semoga kita semua bersedia dengan kedatangan bulan Ramadhan ini....

Abg minta maaf juga kalau ada salah silap yg sengaja mahupun yg tak sengaja...

Semoga kita semua masih diberikan kesempatan untuk menjadi yg seorang yg baik.....

Happy weekend Wan...

ELFarahin said...

Ramadhan semakin dekat~ yay~! ^^

Ehem! JOIN jom! :)
http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/07/1st-segmen-by-elfarahin.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...