Thursday 9 August 2012

Menanti, Mencari atau Pasti?




Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
[Surah Al-Qadr]


Assalamualaikum teman-teman,

Alhamdulillah, Ramadhan masih bersama kita..Allah masih beri kita peluang sehingga saat ini untuk bersama Ramadhan.Alhamdulillah...

Sedar ataupun tidak, kita sedang memasuk fasa akhir bersama Ramadhan. Fasa akhir ini memungkinkan kita dengan pelbagai rasa dalam jiwa. Sesetengahnya bergembira melalui fasa akhir ini menandakan Eid Fitri akan menjelang tiba. Sesetengah yang lain pula risau dan berduka memikirkan cukupkah waktu untuk terus menambah amal dan sempurnakah yg telah dilakukan?. Dan bagi sesetengah yang lain pula ini adalah saat paling hiba dan gembira. Hiba mengenangkan Ramadhan yang akan pergi dan pertemuan bersama Ramadhan adalah mungkin untuk tahun akan datang. Gembira pula menanti malam yang lebih baik daripada seribu bulan atau Malam Al-Qadr.

Begitulah ceritanya kita dan Ramadhan. (Saya tidak sentuh tentang kegembiran membeli persiapan raya dan menyediakan juadahnya kerana ia adalah satu perkara yg pasti dilakukan). InshaAllah, Ramadhan akan pergi, bersamanya sampai akhir hari adalah belum pasti.. Dan InshaAllah juga Ramadhan akan berkunjung lagi, tapi untuk bersamnya lagi adalah belum pasti. Moga Allah menerima segala amal kita,mengampunkan kita dan memberi kita peluang. InshaAllah.

Malam Al-Qadr adalah malam yang semua kita nanti. Menanti sahaja belum cukup. Bercerita sahaja tentang hebatnya malam seribu bulan belum cukup. Beruasaha menambah amal dan istiqamah adalah yg utama. Sebenarnya tiada seorang pon daripada kita yang terlepas dari bertemu Malam Al-Qadr. Cuma kita menyedari atau tidak sahaja. Doa doa doa. Berdoalah dan perbanyakkanlah doa. Beristiqamahlah kerana yang sedikit itu andai istiqamah adalah lebih baik. InshaAllah. #pesanbuatdiri

Jadikan kesempatan yang ada bersama Ramadhan ini untuk buat satu perubahan dalam diri. Azam dan usaha sungguh-sungguh. Allah pasti permudahkan inshaAllah. Allahummansuril Islam wal Muslimin..Ameen ya rabb.

Saya sekadar berkongsi dan moga ia terlebih dahulu ingatan buat diri sendiri dan memberi manfaat buat sesiapa yang membaca. Moga Allah redha.

Jumpa lagi,jaga solat,diri dan hubungan sesama.

Salam Mahabbah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...