Thursday 20 September 2012

"Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu"

Assalamualaikum teman-teman,

Sebulan laman ini saya tinggalkan tanpa sebarang cerita dan kisah. Terkadang punya waktu tetapi idea menulis seakan tepu dan tidak mahu. Lantas terbiar bersarang dan masa dibiarkan berlalu. Alhamdulillah hari ini saya seperti punya semangat untuk berkongsi sesuatu.




"Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu" karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil membuatkan jiwa saya bersemangat untuk menulis. Banyak yang kita ingin cerita tapi tak semua yang akan memahami apa yg jiwa kita rasa. Membaca karya terbaharu dari pemilik laman SaifulIslam.com ini agak mencuit memori saya pada kisah sendiri. Tentang kembara saya beberapa tahun lalu ke tanah sama. Mungkin perjalanan yg sedikit berbeza tapi terdampar dibumi itu punya kesamaan pada kisahnya. 

Saya tidak mahu olah panjang. Tapi pada saya "Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMU" ada sesuatu buat untuk kita semua belajar. Tidak sekadar membaca tapi ia adalah tatapan jiwa untuk diteladani dan untuk kita sama berfikir yang bahawa mudah itu bukan beerti tiada payah bahkan mudah itu selalu seiring susah. 

Bacaan saya sudah separuh. Saya kira karya ini antara yang membuatkan saya ingin segera mengetahui episod seterusnya. Blog saifulislam bukan baharu saya kenali. Sudah agak lama saya singgah jika punya lapang waktu. Tidak selalu tapi antara yg wajib singgah kala saya buntu.

Saya ingin berkongsi karya ini dengan kalian. 5 komen terbaik  akan dipilih untuk menerima karya "Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu."

Anda cuma perlu tinggalkan komen dibawah dengan menyambung bait kata-kata ini (dipetik dari Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu):

Setiap kita ada mimpi ngeri yang tersendiri........... 

(Sambung ayat ini dan tidak lebih daripada 150 patah kata)

Komen yang diterima bermula dari tarikh entry sehingga 30 September 2012 sahaja akan diterima untuk dipilih. Semoga kita beroleh manfaat bersama inshaAllah.

Sampai bertemu lagi, jaga solat,diri dan hubungan sesama inshaAllah.

Salam Mahabbah

5 comments:

izzati.abdullah said...

setiap kita ada mimpi ngeri yang tersendiri, namun terpulang pada kita untuk mengemudinya samada melalui emosi rasional atau mata hati.mimpi itu merupakan warkah cinta dari Ilahi.
selaklah tabir hikmah disebalik ujian tersebut.bangkitlah dari mimpi ngeri untuk kita terus mencorak sinar bahagia sperti orang lain.pandang ke depan, kejayaan menanti insan yang sabar.never loose hope, HE always be there:)

Unknown said...

hamparkan seluruh hatimu padaNya pasti dibalas ketenangan abadi

fadzli said...

setiap kita ada mimpi ngeri yang tersendiri, tempuhi sahaja dengan redha mungkin selepas itu pelangi indah akan tercipta yang mamnpu mengukir kembai senyuman mu...dan jangan sesekali lupa kepada MAHA PENCIPTA..kerana itulah perutusan kasih sayangNYA kepada kita
Jangan sesekali merasa takut dan lemah...teruskan mengembara semoga kita terus tabah dan cekal merempuhinya..

Wanpetunjuk said...

Wan, thanks a lot for the book...abg belum start baca secara seriusnya...insyaAllahsedikit masa lagi....

Moga2 perkongsian dalam tulisan buku tersebut boleh dimanfaatkan bersama....

Thanks again Wan!.
Moga Allah sentiasa mempermudahkan urusan seharian Wan....

cahaya syahid said...

subhanAllah ...nice dan pada 16 april 2013 jam 8.30 malam nie kami di jabatan dakwah kepimpinan UKM telah menjemput ustaz hasrizal utk program bedah buku ini: di hamparan shamrock ku seru nama mu bertempat di dataran siswazah FPI..jemput la datang =) syukran~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...