Tuesday 23 October 2012

Zulhijjah & Arafah...

Assalamualaikum teman-teman,

Alhamdulillah... Sedikit ruang waktu yang diberi untuk satu perkongsian yang moga-moga kita beroleh manfaat dengannya. InshaAllah.

Ihsan Google

Zulhijjah. Ya kita sedang berada di bulan terakhir dalam kalendar Islam. Zulhijjah juga punya seribu satu kelebihan didalamnya. 10 hari terawal didalam bulan Zulhijjah punya seribu satu kelebihan bagi yang tidak mahu melepaskan peluang. Antaranya seperti yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w didalam hadis baginda:


Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya;



“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang 10 ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” HR: Ahmad, At-Tirmizi.

Allah s.w.t juga berfirman didalam Al-Quran tentang kelebihan Zulhijjah, antaranya:

“Demi fajar dan malam yang sepuluh.” (Al-Fajr: 1-2)

Kata Ibnu Kathir:  “Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya.” HR: Imam Bukhari.

Ihsan Google

Kita sekarang berada di hari ke 7 Zulhijjah. InshaAllah berbaki dua hari sebelum Eid Adha atau Hari Raya Qurban atau Hari Raya Haji kita raikan. Bagi jemaah yang menunaikan rukun Islam ke 5, rukun ibadah haji sudah sampai ke kemuncaknya. InshaAllah, pada hari ke 9, sekalian jemaah akan mengerjakan wukuf di Arafah. Betapa kasihnya Allah pada kita, Allah kurniakan ganjaran tidak terhingga bagi iaitu Puasa pada Hari Arafah. 

Kelebihan atau ganjaran besar tentang Puasa Hari Arafah ini dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w di dalam hadis-hadis Baginda s.a.w seperti:



صيام يوم عرفه احتسب على الله ان يكفّر السّنة التي قبله والسّنة التي بعده



وصيام يوم عا شوراء احتسب على الله ان يكفّرالتي قبله





“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya ” (HR Muslim)

Dari Qatadah bin An-Nu’man, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya;


من صام يوم عفرالله له سنتين, سنة امامه وسنة خلفه



“Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Arafah, nescaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.” (Dinilai sahih – Ibn Maajah, Shahih Al-Jaami’ Ash-Shagiir”)


Ihsan: Google

Semoga Allah memberi kita peluang untuk menikmati hari-hari indah lagi penuh barakah dalam bulan Zulhijjah. Moga Allah menerima segala amal baik dan ibadat kita InshaAllah. 

Buat teman-teman yang melaksanakan ibadat Qurban, moga Qurban itu diterima Allah dengan penerimaan yang terbaik inshaAllah. Semoga semakin erat silaturrahim sesama kita melalui ibadah-ibadah ini inshaAllah.

Di kesempatan ini juga, andai ada tingkah yang buat kalian terluka, kata yang menghiris jiwa dan terkasar bahasa, saya memohon maaf setulusnya. Moga Allah merahmati kita semua InshaAllah. Jaga diri sentiasa.

Salam Mahabbah...

4 comments:

mye said...

selamat berpuasa dan menyambut hari raya korban..
hehe

mye said...
This comment has been removed by the author.
Wanpetunjuk said...

Selamat HAri Raya Qurban Wan!.

saifudin abu izzudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...