Wednesday, 11 March 2009

~Erti Sahabat~









Dari Ibnu Umar r.a bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda:”Sepeninggalanku janganlah kamu kembali menjadi kafir; yang satu memenggal leher yang lain.”



Dalam Hadis Yang Lain Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Tidak Masuk Syurga Orang Yang memutuskan silaturrahim"




Huraian



Dalam kehidupan bermasyarakat hari ini, kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, terutama terhadap hubungan dan perpaduan ummah. Antara cabarannya ialah pertelingkahan dan perbalahan. Pertikaian yang timbul adalah disebabkan pelbagai faktor. Islam sesungguhnya menghendaki agar keadilan mutlak ditegakkan dan kezaliman dihapuskan di mana keadilan hanya akan dapat ditegakkan jika ia berdasarkan undang-undang yang adil seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam kebanyakan ayat al-Quran. Bagaimanapun, sekiranya undang-undang yang adil itu tidak ditadbir dengan cekap, amanah dan adil, maka keadilan undang-undang itu tidak akan dapat dinikmati, malah akan bertukar menjadi kezaliman. Oleh itu selaku umat Islam kita dikehendaki supaya mengetepikan perasaan benci, marah, dendam dan sebagainya. Yang bersalah pasti akan menerima balasannya kelak. Jika tidak di dunia, di akhirat nanti mahkamah Allah SWT yang Maha Adil akan menentukan. Oleh itu kita selaku umat Islam janganlah sekali-kali mendahului hukuman Allah SWT dengan bertindak sendiri dan tidak mengikut landasan yang betul. Hidup ini mestilah berbaik-baik dan bermaaf-maafan, eratkan hubungan kasih sayang dan elakkan persengketaan serta sentiasalah bersangka baik di antara satu sama lain.


Wallahualam...


Salam Sayang..

p/s:
:::::::atas permintaan bbrapa org teman sy buat entry ni..insyaALLAh skdr termampu sedikit ilmu yg dikongsi..
:::::::rujukan utam dr web i luv islam..
:::::::sama2 kita amalkan insyaALLAH...sory x smpt nk update coz bz sket..insyaALLAH da ms ti sy update.
:::::::Salam Maulidurrasul semua..mari kita beramal dgn Sunnah Rasulullah S.A.W..insyaALLAH..
:::::::Bykkan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W

1 comment:

my name is KARL said...

amboi

busy sgt kan..

njoy ur day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...