Monday 29 November 2010

~ Natrah : Cinta.Perjuangan.Airmata ~

Assalamualaikum Semua....

Alhamdulillah,terisi sungguh hari ini....Lupakan seketika tentang aktiviti lain sepanjang hujung minggu ini,mahu berkongsi sesuatu yang pada saya tidak hanya satu sejarah.. Maaf terlebih dahulu kerna ini kali pertama saya memberi pandangan.. Saya bukan pengkritik atau penonton yang selalu hadir.. Saya hanya pergi bila punya teman dan kekaguman saya hanya dari sudut pandangan peribadi..Saya mengikuti industri hanya dari jarak jauh kerna bagi saya seseorang itu meminati bidang seni bukan kerana untuk bertemu dan bersama artis kesayangan tp lebih kepada menghargai karya-karya mereka...tapi sesekali bertemu tidak salah... Bertemu atau tidak yang penting sokongan itu kerana hasilnya yang bernilai. (Setakat itu muqaddimahnya...)



NATRAH 2, mulanya saya menolak untuk hadir atas sebab sendiri.. Tapi Allah menetapkan saya pergi dan Alhamdulillah cukup saya katakan ini satu persembahan yang kena dengan jiwa saya. Pada edisi pertama tahun lalu saya tak punya kesempatan untuk menyaksikannya. Karya hebat Erma Fatima ini buat saya tak terlelap walau seminit... Erma bijak mengatur segala jenis gerak dalam persembahan ini.. Pengarah ini sememangnya buat saya kagum. Tak mudah untuk menghasilkan persembahan yang punya unsur perbezaan bangsa dan agama kerana permainan kontroversi pasti hebat. Dalam hal ini,Erma seorang yang berani.

Antara cinta dan airmata. Antara dua bangsa dan persahabatan. Antara dua agama berbeza..Natrah adalah kisah seorang insan yang tersepit ditengah..( Saya tak mahu huraikannya,beli tiket dan lihat sendiri..kalian pasti berpuas hati..Masih punya waktu sehingga 5hb Disember nanti..)

Saya paling suka persembahan  Datin Paduka Umie Aida melalui watak Aminah ( Ibu Angkat Natrah)..Ia paling terkesan dihati saya..Maya Karin, Datin Sofea Jane, Remy Ishak dan yang lain2 jugak hebat!!!

Dalam Natrah,kalian pasti akan teringat sejarah waktu sekolah bila melihat watak Burhanudin Helmy dan pasti lebih kenal dengan Prof Ahmad Ibrahim.(banyak lagi akan kalian jumpa bila ada di Panggung Sari ,Istana Budaya)

Dalam Natrah,kalian pasti akan fikirkan tentang betapa kita hanya punya satu peluang,begitu juga Natrah,beliau hanya punya satu peluang.

Dalam Natrah ,perkara paling meninggalkan kesan adalah perjuangan kerana Agama,Bangsa dan Maruah.

Dalam Natrah, kalian belajar tentang pentingnya persaudaraan dan perpaduan.

Dalam Natrah,kalian pasti bertemu tentang kita...ya kita..manusia....dan tentang erti hidup bertuhan...

Tahniah buat produksi Natrah terutama pengarahnya,Erma Fatima dan pelakon2 yang hebat...Syabas!!!

Buat sesiapa yang punya waktu,pergilah dan kalian pasti berpuas hati.

Bismillahirrahmanirrahim

Katakanlah: “Apakah kita akan menyeru selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan kemanfa’atan kepada kita dan tidak (pula) mendatangkan kemudharatan kepada kita dan (apakah) kita akan dikembalikan ke belakang sesudah Allah memberi petunjuk kepada kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh syaitan di pesawangan yang menakutkan; dalam keadaan bingung, dia mempunyai kawan-kawan yang memanggilnya kepada jalan yang lurus (dengan mengatakan): “Marilah ikuti kami”. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Rabb semesta alam, (Al-Quran : Surah Al-An'am:71)

Salam Semua

6 comments:

Hizami Li said...

wah.
laju betul update.
XD
syabas.

Unknown said...

tingin nk tgk teater..sob sob sob..

mr.syazwan said...

akhirnya pergi jugak ye...

insyALLAH ada masa, ada kewangan lebih

NATRAH pasti dikunjungi..

hehehehe

^_^

Qarl said...

bersyukur sgt sbb dpt jadi part of d show

byk pengajaran

::FAIZ:: said...

suka Maya ni...

Amir Rayyan said...

hizami: hehehe...:)

Ahmad Fauzi Aryan : pegi beli tiket cepat!!!! :)

mr. syazwan: secara tak sengaja...hehehe...:)

Qarl: hebat kan dik!!!

faiz farish : :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...