Kerana kau ku masih disini....Kerana kau ku bisa menangis....
Mengenali permata seni yang satu ini melalui melodi berhantu ciptaan komposer hebat Adnan Abu Hasan sembilan tahun yang lalu. Saya masih ingat saat itu melodi kesetiaan ciptaan Ajai terlebih dahulu melekat dijiwa pendengar. Bak kata pepatah,tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia hanya tuhan yang tahu. Bunga-bunga Cinta dendangan insan hebat ini mula saya kenali hanya setelah menonton drama bersiri di TV2 pada waktu itu. Saat itu,saya masih belum kenal siapa si empunya suara.
Terima Kasih Kak Misha....:) |
Setelah menjuarai Anugerah Juara Lagu,saya mula kenal insan seni yang satu ini. Pada saya di punya sesuatu yang bisa buat setiap jiwa terbuai dalam asyik lontaran suaranya. Beliau antara penyanyi era baru yang sangat saya kagumi. Beliau bukan sekadar menyanyi tetapi memberikan seluruh hatinya buat setiap jiwa yang mendengar.
Saya berpeluang bertemu insan seni ini untuk kedua kalinya semasa pelancaran album kompilasi terbarunya baru-baru ini. Terima kasih atas layanan yang sangat baik. Saya terlalu menghargainya.
Dia....Misha.....
Sesuatu yang tidak sekadar diberi tetapi ingin turut dihayati.....
Ia tentang satu hati yang dibawa atas nama seni.....
Biar perjalanannya penuh onak duri....
Dia ingin terus berdiri dan berlari..........
Tidak sekadar untuk dikenali......
Kerna dia mahu didekati.....
Dan disimpan terus dalam hati.........
Buat permata seni bernama Misha.....
Terima kasih kerana hadir bersama jiwa.....
Memberi satu irama yang penuh makna....
Tidak sekadar bicara tentang cinta......
Ia juga tentang satu nama.....
Tentang mereka dan semua....
Ya.....Dia.....Misha.....
"Album ini khas buat pencinta Misha Omar,sembilan tahun perjalanan bersama kalian terlalu indah. Setiap momen itu membuat saya tersenyum,tertawa,malah menangis kerana daripadanya saya mengutip kekuatan dan keberanian untuk terus berdiri disini. Dia....Misha,adalah bingkisan dari hati,hati yang paling dalam sebagai penghargaan terhadap dokongan dan doa kalian..sebuah bingkisan yang lengkap menceritakan siapa Misha Omar untuk kalian dekati dan kenali... "
( Samiha@ Aisah Binti Omar atau lebih dikenali sebagai Misha Omar )
Buat semua yang belum dapatkan kompilasi terbaru ini,sila dapatkan segera kerna kalian pasti turut merasa bangga.. Tahniah Misha!!!.Jaga diri semua..
Salam Sayang
p/s: maaf andai ceritanya biasa kerna saya hanya menaip ikut apa yang terasa dijiwa.
6 comments:
Kelassssss
Liked Misha!!!
nice... suka suara dia
owh , minat juga amir pada kak misha .^_^..i luv her songs ....
waaa..pminat setia dato ct ngn misha upenyer..hehhe
jom bkongsi ilmu manfaat..
utk bekalan akhirat..
http://itqannajah.blogspot.com/2011/04/surah2-mujarab-amalan-nabi-muhammad-saw.html
Sgt ingin memiliki CD die nie..
Post a Comment