*** Pagi tadi awal aku bangun...Mungkin sebab semalam aku tertidur juga awal...
Sebelum balik dari kerja semalam,hajat & hasrat nak siapkan kerja. Satu beg buku aku bawa balik.
****Bila sampai rumah,aku seperti hilang minat baca. Aku tutup buku dan terus lena..[mungkin sebab aku berborak lama sebelumnya]
Sebelum matahari menjelma,aku sudah buka mata, selesaikan tugasku padaNYA,terus aku sambung baca dan menaip semula. Itu kerja. Amanah yang sepatutnya aku siapkan segera!!!Aku selalu alpa..Wahai diri,anda wajib sedar segera!!
Kadang-kadang aku malu untuk merencana,sebab aku seperti hilang semangat untuk lihat hasilnya..Terkadang aku rindu,dengan diri aku yang dulu-dulu..Aku kena sedar dari rindu & mula yang baharu!!!
Sekarang aku nak sambung semula..Memulakan yang baharu untuk dapatkan semula aku yang dulu-dulu.. Argh? Kalian keliru? Aku juga keliru. Biarkan saja rasa keliru..Aku tak mahu buntu...Aku mahu bantu..Bantu cari semula semangat aku... :)
Sekian,aku berhenti dulu. Kalian pasti rasa cerita kali ini berbeza sebab aku cuba bercakap dengan diri aku..
Assalamualaikum & Salam Sayang Insan-insan Berhati......
2 comments:
siri cerpen pendek?
aahh boy2 keliru
>.<
Post a Comment